KEAJAIBAN SEDEKAH SUBUH
___________________________
Amalkan Setiap Hari Pasti Ada Ganjaran Rezeki Yang Tak Disangka

AMALAN sedekah boleh eratkan silaturrahim sesama insan.
Semakin banyak seseorang itu bersedekah, semakin luaslah rezeki untuknya kelak.
Mungkin ramai yang telah ada niat untuk membuatnya, namun masih berat untuk menjadikannya amalan harian.
Yang paling mudah untuk kita lakukan adalah SEDEKAH SUBUH .
Sedekah subuh ini banyak ganjaran asalkan kita ikhlas dan istiqamah.
Sambil bersedekah, pasanglah niat apa saja di hati, InsyaAllah pasti Yang Esa kabulkan.

FORMULA REZEKI INFINITI
DENGAN TABUNG SEDEKAH SUBUH
1. Masukkan derma seikhlas walaupun 50 sen setiap hari pada waktu Subuh.
Jangan miss walau sekali pun. Ingat, Allah tak pandang nilai wang, tetapi keikhlasan tika kita memberi.
Mungkin saudara mara kita sendiri, sahabat yang dalam kesusahan atau kurang berkemampuan.
3. Waktu tiap kali menderma ke "Tabung Subuh" tu,
lakukan ia sambil berdoa dengan spesifik dan jelas serta penuh tenang dan rasa gembira
(elevated emotion).
Kemudian, ucapkan alhamdulillah penuh kesyukuran dan keyakinan. Ingat, ALLAH Maha Mendengar.
4. Jika tidak sempat sediakan “Tabung Subuh” di rumah,
kumpulkan setiap hari dan sedekahkan kepada masjid/surau.
Jika bertugas di luar kawasan (berjauhan dari rumah contohnya) jangan lupa bawa wang
sedekah dan masukkan duit dalam tabung masjid/surau.
=====================================================================================================================================================================================
وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
“Tidak ada satu Subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat.
Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”,
sedangkan yang satu lagi berdo’a
“Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya)”(HR Bukhary 5/270)
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih
yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah),
Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya,
lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah,ayat 261)
TIDAK BERKURANG MALAH BERTAMBAH
REZEKI ALLAH BERIKAN
.
.



untuk Program INFAQ di MADRASAH AD-DINIAH
sentiasa berada dalam rahmat Allah swt.
