SEDEKAH MAMPU MENGUBAH TAKDIR
MENOLAK BALA YANG TIDAK BAIK
"YA ALLAH PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN MEREKA YANG
TERJEJAS BANJIR INI. ENGKAU MAHA MENGAMPUN LAGI MAHA
MENYAYANGI. HANYA PADA MU YA ALLAH KAMI BERSERAH"
SEDEKAH BOLEH MENOLAK BALA
"SEDEKAH tidak akan mengurangkan harta,
sebaliknya ia akan membuatkan rezeki kita bertambah"
Ayat itu seringkali kita dengar daripada orang di sekeliling, bukan?
Namun hakikatnya, selain pembuka pintu rezeki, bersedekah sebenarnya dapat menolak musibah kepada kita.
Rasulullah SAW bersabda:
"Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak."
(Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)
Subhanallah ‼️
![]()
Selain dari pahala besar yang telah Allah janjikan, keutamaan sedekah juga berfungsi untuk menolak bala dan bencana untuk kehidupan manusia. Betapa besarnya ganjaran yang bakal diperoleh kepada mereka yang gemar bersedekah.
Menurut Ibnu Qayim al-Jauziyah:
"ALLAH SWT menolak pelbagai bencana dengan sedekah. Ketentuan ini sememangnya dimaklumi sama ada bagi para ulama ataupun orang awam. Sebab itulah ramai yang mempercayainya kerana mereka telah mencubanya.
"Sedekah memiliki kehebatan yang luar biasa untuk
menolak pelbagai bencana meskipun sedekah
itu dikeluarkan oleh orang yang fasik, zalim atau kafir."
(Al-Waabilus Shayyib, hal. 49, Darul Kitab Al-‘Iraqi, Beirut, 1405 H, Syamilah).
Surah Yusuf ayat 88:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
فَلَمَّا دَخَلُواْ عَلَيۡهِ قَالُواْ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡعَزِيزُ مَسَّنَا وَأَهۡلَنَا ٱلضُّرُّ وَجِئۡنَا بِبِضَـٰعَةٍ۬ مُّزۡجَٮٰةٍ۬ فَأَوۡفِ لَنَا ٱلۡكَيۡلَ وَتَصَدَّقۡ عَلَيۡنَآۖ إِنَّ ٱللَّهَ يَجۡزِى ٱلۡمُتَصَدِّقِينَ
صدق الله العظيم
“Maka mereka pun pergilah ke Mesir setelah mereka masuk menemui Nabi Yusuf,
mereka berkata: Wahai Al-Aziz! Kami dan keluarga kami telah ditimpa kesengsaraan
disebabkan kemarau, dan kami datang dengan membawa barang-barang yang tidak
berharga sebagai tukaran untuk mendapatkan bahan makanan.
Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bahan makanan untuk kami dan bersedekahlah
kepada kami. Sesungguhnya Allah mengurniakan ganjaran kepada orang-orang yang bersedekah.”
Betapa hebatnya kuasa sedekah.
Ayuh, kita amalkan sedekah dalam kehidupan kita.
Biar kecil nilai yang diberikan, asalkan ikhlas dan
hanya mengharapkan balasan daripada ALLAH SWT
semata-mata.
![]()
SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.
SEMOGA TABAH
MENGHADAPI SEGALA UJIAN
DARI ALLAH S.W.T
"YA ALLAH PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN MEREKA YANG
TERJEJAS BANJIR INI. ENGKAU MAHA MENGAMPUN LAGI MAHA
MENYAYANGI. HANYA PADA MU YA ALLAH KAMI BERSERAH"
SEDEKAH BOLEH MENOLAK BALA
"SEDEKAH tidak akan mengurangkan harta,
sebaliknya ia akan membuatkan rezeki kita bertambah"
Ayat itu seringkali kita dengar daripada orang di sekeliling, bukan?
Namun hakikatnya, selain pembuka pintu rezeki, bersedekah sebenarnya dapat menolak musibah kepada kita.
Rasulullah SAW bersabda: "Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak."
(Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)
Subhanallah ‼️
Selain dari pahala besar yang telah Allah janjikan, keutamaan sedekah juga berfungsi untuk menolak bala dan bencana untuk kehidupan manusia. Betapa besarnya ganjaran yang bakal diperoleh kepada mereka yang gemar bersedekah.
Menurut Ibnu Qayim al-Jauziyah: "ALLAH SWT menolak pelbagai bencana dengan sedekah. Ketentuan ini sememangnya dimaklumi sama ada bagi para ulama ataupun orang awam. Sebab itulah ramai yang mempercayainya kerana mereka telah mencubanya.
"Sedekah memiliki kehebatan yang luar biasa untuk
menolak pelbagai bencana meskipun sedekah
itu dikeluarkan oleh orang yang fasik, zalim atau kafir."
(Al-Waabilus Shayyib, hal. 49, Darul Kitab Al-‘Iraqi, Beirut, 1405 H, Syamilah).
Surah Yusuf ayat 88:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
فَلَمَّا دَخَلُواْ عَلَيۡهِ قَالُواْ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡعَزِيزُ مَسَّنَا وَأَهۡلَنَا ٱلضُّرُّ وَجِئۡنَا بِبِضَـٰعَةٍ۬ مُّزۡجَٮٰةٍ۬ فَأَوۡفِ لَنَا ٱلۡكَيۡلَ وَتَصَدَّقۡ عَلَيۡنَآۖ إِنَّ ٱللَّهَ يَجۡزِى ٱلۡمُتَصَدِّقِينَ
صدق الله العظيم
“Maka mereka pun pergilah ke Mesir setelah mereka masuk menemui Nabi Yusuf,
mereka berkata: Wahai Al-Aziz! Kami dan keluarga kami telah ditimpa kesengsaraan
disebabkan kemarau, dan kami datang dengan membawa barang-barang yang tidak
berharga sebagai tukaran untuk mendapatkan bahan makanan.
Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bahan makanan untuk kami dan bersedekahlah
kepada kami. Sesungguhnya Allah mengurniakan ganjaran kepada orang-orang yang bersedekah.”
Betapa hebatnya kuasa sedekah.
Ayuh, kita amalkan sedekah dalam kehidupan kita.
Biar kecil nilai yang diberikan, asalkan ikhlas dan
hanya mengharapkan balasan daripada ALLAH SWT
semata-mata.
SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.
SEMOGA TABAH MENGHADAPI SEGALA UJIAN
DARI ALLAH S.W.T



sentiasa berada dalam rahmat Allah swt.
